Ahad, 12 April 2009

PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN BERASASKAN BUAH MANGGIS DENGAN KHASIAT XANTHONE

D'MANGGIS JUICE
[Besar (750ml) / Harga: RM80.00]
[Kecil (280ml) / Harga: RM35.00]

D'MANGGIS JUICE dihasilkan dengan campuran isi, biji dan kulit buah Manggis. Minuman berkhasiat ini turut digabungkan dengan Madu Lebah,Cuka Epal dan Buah Kurma untuk memberikan khasiat tambahan. Rasa yang unik dan istimewa selain berkhasiat untuk penghadaman, obesiti dan kaya dengan Xanthon yang bersifat pencegah untuk pelbagai penyakit.

Campuran bersama Madu Lebah mampu mengembalikan tenaga tambahan, bersama kurma mampu membekalkan pepejal sebagai makanan untuk digunakan dalam proses anti-oksidan oleh bahan aktif Xanthon. Campuran bersama buah naga (Dragon Fruit) yang kaya dengan khasiat Vitamin C dan mampu membantu menyelesaikan kepada masalah diabetes dan darah tinggi.

Produk minuman berkhasiat ini dihasilkan tanpa gula, tanpa perasa dan pewarna tambahan. Rasa manis yang terhasil dalam minuman jus ini adalah daripada buah Kurma dan madu lebah yang terbukti berkhasiat tinggi.

Buah Naga, Prune dan Blackcurrant juga digabungkan khasiatnya ke dalam D?Manggis Juice ini selain untuk mendapatkan warna unggu yang banyak membantu dalam masalah seperti ulser.



CARA PENGGUNAAN
Amalkan 2 kali setiap hari dengan 50ml untuk setiap kali minum.
Sebaiknya diminum pada waktu pagi dan malam

KESAN SAMPINGAN
Bergantung kepada tahap kesihatan dan penerimaan badan seseorang. Kebiasaannya, badan yang bermasalah akan mengalami sedikit cirit birit dan beransur hilang bersama penyakit.
Saluran kencing akan menjadi lancar dan mudah serta selalu hendak ke tandas.

** AMARAN
Wanita mengandung tidak digalakkan minum









STANA CAFɼ/FONT>
[25gm x 16 sachets / Harga: RM20.00]

Produk minuman kopi pra campuran ini dihasilkan dengan adunan kopi Arabica bersama kulit Manggis sebagai bahan asas disamping herba seperti madu lebah, garam bukit dan halia.

Berkhasiat untuk membantu masalah pengadaman, obesiti. migrain, angin, kolesterol, resdung dan masalah berat badan sekiranya diamalkan secara berterusan.

Rasanya yang istimewa adalah rasa yang asli tanpa sebarang perasa atau pewarna tambahan.

Sesuai untuk diminum oleh setiap golongan tanpa mengira usia.

Sepeket sachet STANA CAFɠadalah untuk bancuhan secawan tanpa perlu tambahan gula atau pemanis.

CARA PENGGUNAAN
Amalkan meminum sekali teguk 2 kali sehari selepas sarapan pagi dan tengahari untuk kesan yang lebih ketara. Sebaiknya diminum pada waktu pagi dan tengahari

KESAN SAMPINGAN
Tiada sebarang kesan sampingan tetapi sekiranya pengguna meminum STANA CAFɠdengan cara meneguk terus, hasilnya akan lebih berkesan dengan perut terasa mahu membuang air besar antara 10 - 20 minit selepas minum.

Badan akan lebih mudah mengeluarkan angin dari dalam bagi pengguna yang bermasalah.

** AMARAN
Wanita mengandung tidak digalakkan minum







CLEARESD SOAP
[Harga: RM14.90]

Produk ini dihasilkan sepenuhnya daripada buah Manggis dengan menggunakan kulitnya yang terbukti baik untuk penjagaan dan kesihatan kulit manusia. Perkataan Clearesd Soap Adalah singkatan daripada Clear Resdung Soap.

Terbukti baik untuk masalah Resdung selain mampu memutihkan warna kulit dan menyucikan kekotoran.

Penggunaan yang berterusan mampu memberikan kesegaran tubuh selain menghilangkan bau peluh yang melekat badan badan. Diamalkan secara mengambil buih dan bukan menggosokkannya terus ke atas kulit

BUAH MANGGIS DAN XANTHONE

BUAH MANGGIS DAN XANTHONE


1. Buah manggis adalah buah bermusim dengan kulitnya berwarna unggu dan isi berwarna putih.

2. Masyarakat dahulu banyak menggunakan buah manggis untuk tujuan perubatan seperti mengubat cirit-birit, keletihan dan penghadaman serta lain-lain lagi. Kajian terkini melalui sains berjaya membuktikan khasiat dan kelebihan buah manggis lebih dari itu dengan penemuan sejenis bahan aktif di dalam buah manggis yang dikenali sebagai xanthone.

3. Xanthone ialah suatu bahan kimia aktif dengan strukturnya yang terdiri daripada jejari 3- cecincin dan ini menjadikannya sangat stabil ketika berada dalam badan. Struktur ini turut menjadikannya sangat stabil dalam pelbagai keadaan samaada panas atau sejuk.

4. Terdapat lebih dari 200 jenis bahan xanthone dalam alam semulajadi yang berada didalam pelbagai benda tetapi lebih dari 40 jenis xanthone terdapat dalam buah manggis dan merupakan yang terbanyak.

5. Khasiat terbaik dari xanthone ialah ianya bersifat anti-oksida. Pengoksidaan merupakan proses berbahaya yang berlaku setiap dan setiap hari dalam tubuh kita sama seperti proses yang berlaku dan menyebabkan karat pada besi. Proses pengoksidaan ini juga kebiasaannya disebut sebagai penuaan.

6. Xanthone akan melindungi sel dan mengurangkan kerosakan pada sel terutamanya akibat serangan radikal bebas.

7. Selain anti-oksida, buah manggis juga berfaedah sebagai antibakteria, anti-kanser, anti-radang malah warna unggu yang terdapat dari buah manggis juga mempunyai khasiat tersendiri.

8. Kelebihan manggis ialah ianya boleh diambil dalam dos yang tinggin dan seberapa banyak kandungan sekalipun tanpa memberikan sebarang implikasi yang buruk kepada tubuh seseorang.



Antara 44 jenis penyakit yang berkaitan:
1. DIABETES 6. MIGRAIN 11. MULUT
2. KESIHATAN KULIT 7. SALURAN DARAH 12. PENGHADAMAN
3. KANSER 8. LELAH DAN ASMA 13. DEMAM DAN JANGKITAN
4. EMOSI DAN STRESS 9. TUBUH 14. OTAK DAN SARAF
5. MASALAH HAID 10. BUAH PINGGANG 15. PENGLIHATAN



INFO PENTING


Penyakit bukanlah sejenis masalah yang dapat diubati dalam sekelip mata dan kejadiannya juga seringkali berlaku secara perlahan - lahan sebelum dapat dikesan oleh doktor atau dapat kelihatan sebarang tanda

Kesan perubatan dari buah Manggis ini pula adalah bergantung kepada jenis badan seseorang dan bukannya berkesan kepada setiap individu. (Tambahan pula produk ini diklasifikasikan sebagai minuman/makanan kesihatan dan bukannya ubat-ubatan)

Produk dari buah Manggis ini juga perlu diambil sekerap yang mungkin bagi menampakkan keberkesanannya.