Ahad, 12 April 2009

BUAH MANGGIS DAN XANTHONE

BUAH MANGGIS DAN XANTHONE


1. Buah manggis adalah buah bermusim dengan kulitnya berwarna unggu dan isi berwarna putih.

2. Masyarakat dahulu banyak menggunakan buah manggis untuk tujuan perubatan seperti mengubat cirit-birit, keletihan dan penghadaman serta lain-lain lagi. Kajian terkini melalui sains berjaya membuktikan khasiat dan kelebihan buah manggis lebih dari itu dengan penemuan sejenis bahan aktif di dalam buah manggis yang dikenali sebagai xanthone.

3. Xanthone ialah suatu bahan kimia aktif dengan strukturnya yang terdiri daripada jejari 3- cecincin dan ini menjadikannya sangat stabil ketika berada dalam badan. Struktur ini turut menjadikannya sangat stabil dalam pelbagai keadaan samaada panas atau sejuk.

4. Terdapat lebih dari 200 jenis bahan xanthone dalam alam semulajadi yang berada didalam pelbagai benda tetapi lebih dari 40 jenis xanthone terdapat dalam buah manggis dan merupakan yang terbanyak.

5. Khasiat terbaik dari xanthone ialah ianya bersifat anti-oksida. Pengoksidaan merupakan proses berbahaya yang berlaku setiap dan setiap hari dalam tubuh kita sama seperti proses yang berlaku dan menyebabkan karat pada besi. Proses pengoksidaan ini juga kebiasaannya disebut sebagai penuaan.

6. Xanthone akan melindungi sel dan mengurangkan kerosakan pada sel terutamanya akibat serangan radikal bebas.

7. Selain anti-oksida, buah manggis juga berfaedah sebagai antibakteria, anti-kanser, anti-radang malah warna unggu yang terdapat dari buah manggis juga mempunyai khasiat tersendiri.

8. Kelebihan manggis ialah ianya boleh diambil dalam dos yang tinggin dan seberapa banyak kandungan sekalipun tanpa memberikan sebarang implikasi yang buruk kepada tubuh seseorang.



Antara 44 jenis penyakit yang berkaitan:
1. DIABETES 6. MIGRAIN 11. MULUT
2. KESIHATAN KULIT 7. SALURAN DARAH 12. PENGHADAMAN
3. KANSER 8. LELAH DAN ASMA 13. DEMAM DAN JANGKITAN
4. EMOSI DAN STRESS 9. TUBUH 14. OTAK DAN SARAF
5. MASALAH HAID 10. BUAH PINGGANG 15. PENGLIHATAN



INFO PENTING


Penyakit bukanlah sejenis masalah yang dapat diubati dalam sekelip mata dan kejadiannya juga seringkali berlaku secara perlahan - lahan sebelum dapat dikesan oleh doktor atau dapat kelihatan sebarang tanda

Kesan perubatan dari buah Manggis ini pula adalah bergantung kepada jenis badan seseorang dan bukannya berkesan kepada setiap individu. (Tambahan pula produk ini diklasifikasikan sebagai minuman/makanan kesihatan dan bukannya ubat-ubatan)

Produk dari buah Manggis ini juga perlu diambil sekerap yang mungkin bagi menampakkan keberkesanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan